Monday 24 October 2011

TEREX DEMAG AC200-1






Model ini telah diperkenalkan oleh NZG sejak 2003 dan kemudian telah dipertingkatkan dari segi penampilan serta grafiknya pada tahun 2008 yang dikenali sebagai Terex DEMAG AC200-1. Skala 1:50

Model ini kelihatan sungguh baik dan agak detil pada bahagian-bahagian tertentu seperti wiper, hand raling, dan lampu kecemasan. Penggunaan decal garisan keselamatan pada kaki pengimbang serta bahagian hadapan kren ini amat menarik sekali bagi menampakkan keadaan sebenar.
Bahagian boom boleh dilaras kepada tujuh bahagian serta boleh ditambah dengan fly jib yang terletak di sebelahan boom bagi menambah ketinggian boom tersebut.

Penggunaan rim dan tayar yang mempunyai bunga getah menyerupai keadaan corak sebenar memberikan gambaran tentang ketelitian pembuatannya. Anda boleh membayangkan saiz kren ini berdasarkan figura tersebut.




Penggunaan corak diamond serta getah pelindung dibahagian roda pada bahagian badan kren menambahkan gaya penampilannya.



Kualiti cat sangat baik. Kebanyakkan Terex menggunakan warna putih bagi jentera keluarannya. Kebanyakan bahagian badan kren ini diperbuat daripada metal keseluruhannya dan sangat berat, manakala hanya sebahagian kecil diperbuat daripada plastik seperti wiper dan cermin sisi.
Keseluruhannya model ini sangat baik dan perlu menjadi salah satu koleksi yang perlu ada kepada anda yang meminati heavy machine.


















No comments:

Post a Comment