Saturday 22 December 2012

MAMMOET ACTROS SLT

Hi, bertemu kembali.
kali ini saya akan memaparkan beberapa gambar model Mammoet Actros 8x4 SLT yang baru sahaja tiba. Walau pun model ini sudah agak lama dipasaran namun sekarang baru saya dapat perolehi. Model ini adalah keluaran WSI. Dengan adanya model ini maka lengkaplah dalam koleksi saya  barisan Mammoet yang menggunakan truck jenama dari eropah. saksikan.
 Sampai dalam keadaan selamat.

 Plastic warping masih kemas membaluti kotak.

 Saiz kotak yang lebih kecil berbanding dengan model-model Mammoet sebelum ini.

 Kali pertama saya mendapati foam diikat menggunakan ribon .

 Mutu pembungkusan yang baik menjamin keselamatan item daripada rosak sewaktu penghantaran.


 Certificate No 073008 tapi tak pasti ini yang keberapa.

 semua bahagian perlu dikeluarkan dan dipastikan tiada defect.


 Scheuerle 6 axel

 Scheuerle 3 axel

 Ballast box

 Proses memasang keseluruhan Scheuerle- perlu kesabaran supaya setiap parts dipasang dengan betul.

 Setelah siap, sedia untuk posing


 Pandangan hadapan.

 Panjang keseluruhan.


Pandangan belakang. sekian.

Thursday 20 December 2012

ENGINE HOIST

Hi, Ini merupakan projek saya yang paling cepat disiapkan hanya dalam sehari. Maaf kerja-kerja proses tidak dapat dirakamkan kerana kesibukan untuk menyiapkannya. Sesuai untuk digandingkan dengan diorama 1:24 saya ini.
Saksikan hasilnya.

 Lebih mantap dan stabil.


 Boom boleh diangkat menggunakan selinder hidrulik.



 Dapat menjimatkan belanja daripada membeli model hoist yang sedia ada dipasaran.

Skala 1:24 untuk mengangkat bebanan 5 ton

WEATHERING

Hi, disini sekali lagi saya akan menggunakan diorama garage 1:24 sebagai asas untuk membentuk kesan (weathering) persekitaran supaya diorama tersebut kelihatan hidup.
saksikan.
 Penggunaan tonar gelap pada permukaan binaan memberi kesan  yang menggambarkan permukaan cat yang telah lusuh.

 Penggunaan unsur seperti penyejuk udara memberi kesan hidup pada binaan tersebut.

 engine hoist juga baharu dibina, bersedia untuk digandingkan dengan Hino 700 nanti.

 Pandangan dari hadapan.


 Kelihatan suasana lebih hidup menerusi foto ini.

Telah siap 100% dan bersedia untuk dipamerkan nanti.

Sunday 9 December 2012

Garage 1:24

Hi, berjumpa kembali, kali ini saya akan menujukkan sebuah diorama berskala 1:24 khas untuk pameran yang akan berlangsung pada bulan Januari 2013 nanti. Masa yang diambil untuk menyiapkan diorama ini hanya selama 3 hari (full time) Tapi malangnya  saya tidak dapat membuat rekod bergambar semasa proses pembuatannya kerana kesuntukan masa. Walau bagaimanapun  diharapkan kepada sesiapa yang berminat  boleh diutarakan  menerusi comment anda. sekian.
 Disebabkan skala 1:24 agak besar berbanding diorama 1:50 yang pernah saya buat sebelum ini maka penggunaan bahan dari kayu komposit MDF sangat sesuai digunakan terutama untuk membuat binaan bangunan kerana ianya lebih kukuh berbanding kertas atau plastik. Ianya juga lebih mudah untuk dibentuk.

 Proses memasang papan tanda dilakukan dengan menggunakan logo yang dicetak menggunakan water slide decal.

 Maisto VW old timer menjadi perbandingan untuk  mendapatkan ketepatan skala pada bangunan yang dibina.

 Ruang sebelah kanan agak lapang, ini bertujuan untuk menjadi tempat tambahan untuk model Hino 700 supaya ianya mempunyai ruang yang cukup. Memadai dengan meletakkan diasan rumput sahaja.

 Oooppps, yang tergantung tu bukan salah satu bahagian yang dibina ye. Dengan menggunakan figura machenic dari American diorama kelihatan agak hidup. Disamping itu penggunaan bahagian truck daripada italeri juga menambah seri workshop yang dibina ini.

 Suasana  disekitar workshop ini kelihatan agak sibuk dengan perkakasan bertaburan disana sini. (tapi itulah  sebenarnya keadaan dalam bengkel)

 Pandangan daripada sudut bird eye. Perhatikan hanya sebahagian kecil sahaja (luat)  workshop ini dimasukkan kedalam diorama ini.

 Pandangan dari sudut kiri. Saya cuba memasukkan setiap element mengikut binaan sebenar.

  Keadaan studio saya yang masih  bertabur, tapi hati lega kerana kerja hampir siap.

 Pandangan lebih jelas kearah sudut yang dimaksudkan.

 Telah puas hati dengan kedudukan alatan, maka tiba masanya untuk meletakkan Hino 700 yang telah siap menanti.

 Memuaskan, segala mengikut perancangan.

 Pandangan hadapan agak kosong kerana dihalang oleh kepala truck yang besar ni.


 Ruang sebelah kana agak kosong, Tengah memikir apakah objek yang bakal diletakkan nanti.

 Kedudukan back ground kurang sesuai.


Sukar untuk mengambil sudut yang baik kerana hanya menggunakan kamera handphone sahaja.
Sekian... jumpa lagi.
coming soon... Mammoet Actros SLT 8x6.