Monday 10 September 2012

VOLVO MAMMOET FH12

Salam, Model terbaharu dalam entry saya  kali ini adalah Volvo Mammoet FH12 keluaran WSI  yang baharu sahaja sampai hari ini. Saksikan.
 Dengan kotak yang begitu kemas dan menarik membuatkan saya begitu teruja untuk  melihat keseluruhan kandungannya.

 VOLVO FH12 merupakan nadi untuk menarik Scheuerle trailer ini.

Sedikit panduan pemasangan modular tetapi beberapa bahagian perlu dibuka dan dipasang semula untuk mendapatkan spec yang dikehendaki.

Penggunaan foam untuk melindungi model ini sewaktu penghantaran amat berkesan, namun kebiasaan masih terdapat defect terutama pada bahagian plastik yang perlu diglu semula untuk menetapkan kedudukannya.


 Sijil lahir yang menentukan bahawa model ini adalah Limited Edition series.

 Scheuerle merupakan German Company yang diasaskan sejak 1937 dalam pembuatan trailer yang begitu popular di eropah.

 Sebelum kerja memasang dilakukan, setiap bahagian perlu disusun bagi memastikan kedudukan adalah betul seperti mana panduan.


Memandangkan model ini amat detail dan banyak bahagian yang fragile, maka kerja-kerja pemasangan perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. 

 Berapa panjang keseluruhan model ni?

 Panjang keseluruhan adalah 2' 6"


Keseluruhan model ini amat menarik dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat mengumpul Actros Mammoet pula bagi melengkapkan koleksi daripada Mammoet ini.