Tuesday 29 September 2009

KISAH OPS SIKAP

Cuti raya baru-baru ni aku balik ke utara pada hari raya ke 2(Isnin) dari selatan. Hampir 9 bulan aku tak balik ke utara. Rupa-rupanya rumah tol Jelapang tu dah tak de lagi. Perjalanan jadi lancar, aku rasa keberangkalian untuk jadi kemalangan juga kurang, tapi bila tengok stastik kematian akibat kemalangan pada hari raya lepas macam tak menggambarkan kemodenan infrastruktur jalan raya kita. Sepatutnya lagi cantik jalan raya maka kadar kemalangan semakin kurang tapi keadaan itu tidak berlaku pada hari ini. Apa silapnya? Mungkin kemalangan banyak berlaku di jalan-jalan negeri dan persekutuan sebab tak secanggih lebuhraya.

Ramai orang yang salahkan pihak berkuasa dan sangat kurang yang menyalahkan diri sendiri apabila berlakunya musibah.Pada hemat aku nyawa tu tuhan beri pada setiap orang, terpulanglah kepada mereka untuk memegang amanah tersebut. Bukan pihak berkuasa yang  menjaga nyawa pemandu atau pengguna sewaktu berada di jalan raya.

Pada saya pihak berkuasa telah menjalankan tugasnya, tapi kalau diri sendiri tiada kesedaran apa boleh buat.Sebagai contoh sewaktu aku terperangkap dalam jemm  di Taiping tempoh hari, hati memang sakit melihat pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya. Tahap kesedaran mereka amat rendah, nak kata bodoh dan tolol, tak tau undang-undang, dapat pula lesen memandu dan boleh membeli kereta yang mahal-mahal tapi kenapa bila berada di jalan raya sikap berhemat langsung tiada?

Mungkin pada hari tersebut tuhan tak menurunkan bala kepada mereka, bagaimana dilain masa? Kalau setakat yang bersalah itu mati aku tak kisah malah bersyukur sebab boleh kurangkan umat yang buruk tingkah laku ni, tapi masalahnya yang melibatkan insan yang tidak berdosa.

apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?

PENGENALAN

Assalamulaikum, Saya baru aje nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni.
Tujuan nye nak bertukar-tukar pendapat tentang apa jua yang berkaitan dalam kehidupan ini.
Sebagai manusia kita mempunyai fitrah untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Kalau sebelum ini , kita hanya dilahirkan dengan mengenali ibu bapa, kemudian kepada adik beradik, seterusnya saudara mara, sahabat handai, dan sekarang seluruh dunia pula (tanpa batas)
itulah kehidupan. Kehidupan hanya bererti sekiranya kita mampu memperoleh seberapa banyak ilmu.
Ilmu hanya dapat di peroleh secara formal atau tidak. Ilmu yang tidak formal hanya diperoleh melalui pergaulan, so interaksi itu penting.
Jadi ruangan ini diharap dapat menjadi wadah untuk kepada perhubungan yang sihat.

wassalam.