Wednesday 24 October 2012

HINO 700

Ini merupakan model Hino skala 1:24 yang merupakan satu-satunya trak jenama Jepun yang saya miliki. Namun versi yang saya peroleh ini merupakan model yang dikeluarkan di China yang dikenali sebagai Hino 7250SS1 atau Hino 700.
 Model ini merupakan edisi khas berkemungkinan  untuk dealar sahaja dan tiada maklumat tentang jenama pengilangnya.

 agak mengujakan apabila membawa keluar dari kotak, dan berdebar-debar bagaimanakah keadaan model ini, maklumlah ini merupakan sebuah model yang tiada jenama pembuatnya dan saya tak tahu bagaimanakah mutu keluarannya nanti berbanding dengan jenama-jenama lain yang telah biasa saya dapat.

 Plastic warping? amat jarang diecast yang disimpan didalam polisterina container akan dibalut pula dengan plastik . Mungkin model ni merupakan pasang siap menggunakan kemahiran seni (hand made) pekerja.

 Melihat pada warping, saya menjangkakan model ini telah di reassemble semula.

 Waw! great model- sangat mengujakan, melihat kepada kekemasan hasilan model ini diluar jangkaan saya.

 Kualiti cat amat memuaskan, tiada kecacatan.

 Mempunyai panjang keseluruhan 28cm.

 Keseluruhan casis  menggunakan metal manakala bahagian-bahagian yang agak detail menggunakan plastik.

 Amat berpuas hati dengan mutu seni pembuatannya yang hampir menyamai model mengikut skala sebenar.






 Bahagian enjin yang begitu jelas dan agak detail memberi impak kepuasan kepada collector.



 Bonet bahagian hadapan boleh dibuka.

 Kedua-dua pintu juga boleh dibuka dengan baik serta teliti.

 Tidak nampak ruang/gap  pada ensel pintu, menampakkan kejituan pembuatannya.

 Pandangan hadapan yang mantap.




Model ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi wajib terutama kepada penggemar diecast jenama asia. Dengan segala fungsi dan ketelitian pembuatan, saya amat yakin jenama ini akan terus berkembang.

Saturday 20 October 2012

NOOTEBOOM 3 axel OSDS MAN TGS LX 6x4

Hello, berjumpa kembali setelah hampir sebulan saya tidak membuat review dalam ruangan ini. Kali ini saya akan memperkenalkan pula model MAN TGS LX 6x4 bersama Nooteboom 3 axel.
Setelah mencari begitu lama untuk digandinkan dengan MAN windmill transporter akhirnya saya berjaya memperolehinya, walaupun terpaksa membayar nilai yang lebih.
Model ini sudah tidak dikeluarkan lagi dan menjadi begitu rare sekarang. Saksikan.
 Deliver paling pantas dari US - dalam seminggu dah sampai. Tiada masalah kerosakan pada bungkusan.

 Model keluaran WSI ini makin sukar diperoleh dalam pasaran sekarang.

 Solo truck MAN TGS LX 6x4. Logo wind mill menunjukkan bahawa truck ini digunakan untuk membawa  peralatan windmill.

 Windmill hub section

 Agak rendah berbanding dengan TGA dan TGX

 Vestas Hub


 Nooteboom Semi trailer 3 axel.

 Pandangan hadapan, nampak garang.


 Bungkusan peralatan untuk nooteboom yang perlu dipasang mengikut spesifikasi yang diberi.

 Bahagian kepala truck yang boleh diangkat untuk melihat nadi jentera ini.




 Tugasnya hanyalah untuk membawa muatan sedarhana berat dalam kerja-kerja pemasangan windmill.