Tuesday 17 December 2013

JOHN DEERE 544J

Hi, bertemu kembali, seperti yang dijanjikan kali ini saya akan membawakan review John Deere 544J wheel loader scale 1/16 keluaran Ertl. saksikan...
Saiz  kotak je dah mendebarkan

 Penuh dulang
 Gambaran kandungan adalah saiz sebenar item di dalam kotak.

 Dibaluti polisterin dan sedikit info.

 Warping dengan kertas minyak bagi menjamin kesegaran item.

 Gold medal 2

 tu dia... kuning memancar, masih dibaluti kertas minyak, setiap bahagian terbuka dilitupi plastik transperen.

 Bahagian tayar masih dibaluti plastik.

 Setelah semua pembalut dibuka ini adalah hasilnya.



 Bahagian operator boleh dibuka dengan baik.


 Begitu juga bahagian enjin amat detail


 Tetingkap radiator boleh dibuka.

 Kelihatan nadi turbo yang digunakan untuk menambah kuasa pada mesin ini.

 Semua bahagian yang boleh dibuka dibuat dengan kemas dan teratur sekali.


 Perbezaan antara 1/50 dengan 1/16 amat jelas.



Secara keseluruhan amat berpuas hati memiliki model ini. maka dengan ini lengkaplah siri pencarian daripada precision 1 hingga 3 yang berskala 1/16 keluaran terhad Ertl.

Monday 16 December 2013

JOHN DEERE 650J

Hi, bertemu kembali, kali ini saya akan memperkenalkan model John Deere 650J construction series by Ertl. Seperti mana Case, model ini juga adalah relisan skala 1:16. Model ini adalah relisan terbaharu menggantikan  precision 1, namun begitu model ini telah diberhentikan pengeluarannya. Perbezaan yang nyata berbanding pada siri pertama adalah pada enjin, ripper, skim warna dan beberapa kelemahan yang diperbaiki daripada model pertama. Keseluruhannya saya amat berpuas hati diatas ketelitian pembuatannya sesuai dengan tema precision model. Saksikan...
 Big box for the big boy. Sangat teruja apabila melihat kotak sebesar ini untuk sebuah diecast.

 Gambaran jelas tentang isi kandungan kotak ini.

 Masih baharu walaupun dalam kategori retired item.

 Precision series 3.

 diperkukuhkan dengan polisterin untuk melindungi monster diecast ini semasa dalam perjalanan.

 yup, hampir keseluruhan ruang dipenuhi diecast kuning ini.

 gold coin.

 Sangat berat, dan sukar untuk diangkat kerana bimbang berlaku kerosakan, seperti mana maklum ianya sangat fragile terutama pada bahagian rantai.

 Bahagian utama dibaluti plastik bagi mengelak kerosakan sewaktu penghantaran.

 Besar dan berat!

 Pintu operator boleh dibuka untuk melihat bahagian dalaman yang cukup detil.

 Duduk bersebelahan 1:50

 Perbezaan amat jelas bagi kedua-dua skala ini.

 Bahagian bonet enjin boleh dibuka, bahagian enjin amat detil.

 Bahagian pam.

 Walau pun siri  ini adalah kecil namun dengan skala yang sebegini besar ia kelihatan amat mengagumkan.


 joy stick amat menarik.
tempat  bateri

 Ripper
 Paling sensitive sebab roller ada satu sahaja untuk menampung rantai yang berat, itu sebab rantai mudah patah.

Pandangan atas. sekian.

coming soon - 544J.