Friday 4 January 2013

VW MAMMOET

Hi,
belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada pengunjung blog ini. Moga tahun ini akan memberi kelebihan dalam apa jua bidang yang kita lakukan khususnya dalam dunia diecast ini.
Hari ini saya menerima bungkusan yang agak kompak dan berat.
 Inilah yang saya maksudkan, 3 in 1. Cat 784C Tow haul + Cat Motograder 140m + VW mammoet.

 Perkara yang saya fokuskan di sini ialah VW Mammoet transporter escort  keluaran WSI.


 Plastic Warping kemas membalut kotak sebagai ciri keselamatan sewaktu penghantaran.


 Agak kecil namun sesuai dengan fungsinya sebagai kenderaan pengawal sewaktu mengangkut muatan berat.


 Warna kuning bagi memberi kejelasan penglihatan berbanding warna hitam sebelum ini.

 Mutu keluaran WSI tidak perlu dipertikaikan lagi dan seharusnya menjadi koleksi wajib kepada peminat Mammoet.

 Pandangan sudut belakang.

 Blurrrr

Sekian.