Tuesday 22 December 2009

PANDAN BERCABANG EMPAT



Tumbuhan pandan tidak asing kepada masyarakat di negara ini. Kegunaannya yang pelbagai menjadikan ianya begitu dikenali. Sebut sahaja pandan kita akan membayangkan baunya yang harum. Tidak hairanlah ianya sering dijadikan sebagai pewangi dalam masakan ataupun bau-bauan seperti bunga rampai sewaktu majlis keraian.Selain baunya yang harum, pandan juga digunakan sebagai pewarna dalam masakan kuih melayu.Siapa yang tak kenal kuih seri muka ataupun tepung pelita.
Selain diguna dalam masakan, daun pandan juga banyak digunakan untuk membuat anyaman tikar pada masa dahulu. Memandangkan kegunaan yang meluas dan kepentingan dalam kehidupan kita, maka tidak hairanlah nama pandan dijadikan sebagai identiti. Sebagai contoh kampung pandan, kelapa pandan, pulau pandan dan bermacam-macam lagi.

Kalau nak sebut spesis pandan ni memang banyak antaranya :

1. Pandan duri (pandanus octracapus)
2. Pandan bunga/pandan perah/pandan ikan (pandanus aurantiacus)
3. Pandan hutan (pandanus haoulitti)
4. Pandan laut (pandanus tectorius)
5. Pandan tikus/selangseng/sendayan (pandan oratus)

Itulah beberapa jenis pandan yang ada disekeliling kita.Tapi saya percaya ramai yang tidak mengenalinya kecuali jika telah mencium bau daunnya.
Di sini saya nak pembaca agak apakah jenis pandan dalam gambar di atas? Saya telah cuba mencari maklumat tentangnya tetapi masih tidak berjaya.Inilah satu-satunya pandan yang pernah saya jumpa mempunyai ketinggian hampir 3 meter (boleh dipanjat!), mempunyai batang padu berukuran (lilit) lebih kurang 40mm, mempunyai banir seperti pokok bakau. Seterusnya yang agak ganjil ianya mempunyai 4 cabang di bahagian atas membentuk pucuk.Umur pandan ni lebih kurang 8 tahun.Daunnya masih mempunyai bau yang sama seperti pandan biasa.Walaupun disekelilingnya terdapat pokok-pokok pandan lain tetapi ianya tidak seperti yang sebatang ni.
so sesiapa dikalangan pembaca yang mempunyai maklumat tentang spesis ini bolehlah respon kepada saya.

No comments:

Post a Comment