Monday 14 December 2009

HOBI


Hobi adalah sesuatu yang kita suka dan minat untuk kita lakukan, melaluinya kita sanggup untuk melakukan apa sahaja. Ada orang yang mempunyai hobi yang berterusan sejak kecil manakala ada juga yang bermusim mengikut keadaan atau pengaruh persekitaran.
Walaubagaimanapun, setiap hobi mempunyai keunikan tersendiri dan sebagai manusia biasa adalah sesuatu yang bukan pelik tetapi anggaplah sebagai sesuatu yang kreatif.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman tentang dunia hobi mengumpul koleksi model diecast. Sememangnya sejak kecil lagi sudah mempunyai minat mendalam tentang hobi ini tetapi kerana tidak berkemampuan, jadi terpaksa dipendamkan sahaja. Tetapi apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan serta berkeluarga rasanya telah lewat untuk meneruskan hobi ini, maklumlah usia dah meningkat mana ada orang yang suka dengan permainan kanak-kanak.

Namun, setelah membaca dan melayari beberapa web luar negara saya mendapati bahawa hobi ini sebenarnya boleh dijalankan walaupun telah berusia, sementelahan pula saya sangat berminat kepada bidang kejuteraan rekabentuk. Oleh itu saya telah memulakan hobi mengumpul barangan koleksi diecast bermula dengan model vespa.

Sehingga kini saya telah berjaya mengumpul sebanyak 35 model bermula dari tahun 1946 sehingga 2005. Model ini berskala 1:18 Sangat menarik apabila dipamerkan di dalam disply cabinet.


Ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, setelah berjaya memperolehi koleksi vespa tersebut, saya mula mengumpul koleksi model muscle car era tahun 70an seperti Pontiac, Dodage, Ford Mustang dan beberapa lagi. Bagi mendalami lagi tentang pengetahuan ini saya juga telah mendapatkan buku-buku khas oleh penulis terkenal dalam bidang ini.

Minat terhadap kejuteraan rekabentuk telah mendorong saya untuk meneruskan hobi ini untuk mengumpul koleksi mesin-mesin pula.Setakat hari ini saya telah berjaya mengumpul koleksi mesin yang berkaitan dengan crane, bulldozer, excavator, loader,heavy haulage ,compector, griender dan banyak lagi. Semua koleksi ini bersaiz 1:50 dan diperbuat daripada metal diecast.Beratnya ada yang mencapai sehingga 15kg bagi satu item!

Kebanyakan item terpaksa dibawa masuk dari luar negara kerana kurangnya dalam pasaran tempatan. Selain itu item-item yang berstatus limited atau terhad sangat sukar diperoleh. Kadang kala hanya ada beberapa unit sahaja di dalam dunia.

Jadi kepada sesiapa pembaca yang mempunyai hobi mengumpul koleksi seperti ini boleh le berhubung dangan saya untuk bertukar-tukar fikiran dan maklumat.

No comments:

Post a Comment