Wednesday 5 February 2014

HITACHI zx250

Hi, kali ini saya akan membawakan sedikit review berkenaan Hitachi zx250 oleh pengeluar baharu diarena diecast iaitu TMC. saksikan.
 Kualiti pembungkusan yang agak baik, memudahkan untuk melihat kandungan tanpa perlu membuka kotak.

 ZX250 adalah siri 5 dalam keluaran Hitachi menggantikan siri 3 sebelum ini.

 Terdapat info tentang prestasi sebenar mesin ini serta kelebihannya.

 Bahagian dalam terdapat lapisan polisterin bagi menetapkan kedudukan model sewaktu penghantaran.

 Terasa puas apabila melihat mutu kerja TMC walaupun ini adalah keluaran pertama mereka sejak 2012.

 Mengujakan dari segi rekaan grafik lebih simple, dengan warna oren pinang masak yang menjadi trade mark kepada Hitachi selama ini.

 Keseluruhan model apabila telah dibawa keluar daripada kotak. Sangat menarik.

 Pandangan dari sudut sebelah kiri. Pintu cabin operator boleh dibuka.

 Pandangan belakang sebelah kanan agak ringkas.

 Bahagian enjin boleh dibuka bagi melihat kandungannya. Secara keseluruhannya model ini mempunyai nilai terbaik setanding dengan harganya.


No comments:

Post a Comment