Tuesday 10 July 2012

WSI COMMITMENT

Sewaktu saya menerima  Kenworth C500B tempoh hari, baru saya perasan ada bahagian yang hilang, namun ianya terlalu kecil dan saya tak yakin akan menemui kembali, sedangkan terlalu jauh untuk menghubungi pembekal.


Cermin ketiga sebelah atas pada bingkai pintu telah hilang (terdapat kesan tertanggal tetapi tiada dalam kotak)
Saya menghubungi pembekal dan dia memaklumkan bahawa item tersebut merupakan factory sealed dan menasihatkan supaya menghubungi WSI di Nederland , saya menghantar email ke WSI, dalam masa yang singkat WSI meminta menghantar laporan dan gambar defect pada item yang di terima. Setaleh seminggu (saya pun x harap sebab terlalu kecil, mungkin belanja pos melebihi kos part yang hilang tersebut) Tetapi hari ini saya amat terharu apabila menerima envelope dari WSI Nederland.

Dengan komitment WSI ini, menaikkan semangat saya untuk terus mempercayai bahawa WSI merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam menjaga setiap client.


 WSI is the best. Good job


No comments:

Post a Comment