Monday, 5 November 2012

MB Titan dan Nooteboom Transporter.


 Model kali ini saya akan memaparkan model keluaran WSI MB Titan dan Nooteboom Transporter.


Amat sukar untuk menemui kembali model ini dipasaran, harganya juga telah berlipat kali ganda berbanding harga asalnya. Mula diperkenalkan pada February 2010.
 Saya agak bernasib baik kerana mendapat model ini pada masa sekarang walaupun terpaksa membayar harga yang agak mahal.


Seingat saya hanya terdapat dua versi sahaja yang terdapat dipasaran iaitu MAN TGX Mammoet  dan edisi khas Liebherr Nooteboom.


 Teruja dengan ketelitian buatan WSI yang sudah terkenal dalam pengeluaran model scala 1/50 ini. Tiada sebarang defect samada pada cat mahupun parts.


Sangat sesuai untuk digandingkan dengan LTM11200. Kepada mereka yang mempunyai kren ini seharusnya memiliki pengangkut yang hebat ini.


 Pandangan hadapan yang agak garang.




 Di bina khas untuk mengangkut boom LTM11200 yang agak berat dan panjang itu.


 Hub fifth wheels

Gandingan mantap antara WSI dan NZG dalam mengeluarkan model bermutu.

2 comments:

  1. salam abg order model2 di luar atau di malaysia?kt malaysia ade bang tapi mahal..di the mines

    ReplyDelete
  2. kalau terlalu mahal dan tak berbaloi saya bawa masuk dari luar, sekarang dah ada banyak pilihan. Jadi buat pilihan bijak.

    ReplyDelete