Monday, 12 November 2012

HINO 700 NEW LOOK

Syukur, saya baharu sahaja selesai membuat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada model Hino 700 versi dari negara China. Pada amnya perubahan ini melibatkan pemasangan tiub air brake, mengecat semula beberapa bahagian seperti lampu belakang, reflector, bumper fender, mudguard, decal sign dan lain-lain lagi.
 Proses membuat tracing untuk mendapatkan saiz decal yang sesuai sebelum kerja mencetak dilakukan.


 Pandangan hadapan penggunaan flash dan tanpa flash.

 Pandangan sisi arah hadapan.

 water slide decal yang telah siap diprint dan sedia untuk kerja menampal pada model. ini.

 Pandangan arah belakang kiri  setelah kerja menampal decal dilakukan.

 Pandangan belakang dari arah kanan.

 Decal pada fuel tank serta mengecat semula lampu reflector supaya lebih kelihatan menarik.

 Pandangan model yang telah siap sepenuhnya.

 Perhatikan, decal tulisan China pada truck ini telah dibuang.

 Menggunakan nombor pendaftaran Germany (Italeri)

 Aksesori alat pemadam kebakaran terletak kemas.

 Bahagian fendertelah dicat semula bagi memberi kemasan sewajarnya.


 Bahagian enjin juga ditambah baikan dengan diberikan sentuhan cat serta decal.

 Bahagian fender dikemaskinikan supaya kelihatan kemas dan jitu.

 Penutup rim juga telah dicat semula mengikut warna asal rim.


 komperassor untuk kerja mengecat juga mendapat sentuhan decal .


 Rasa berpuas hati setelah mengambil masa beberapa minggu untuk menyiapkan projek ini.

 Terpaksa akses sendiri untuk mendapatkan gambaran skematik sistem brek angin.

 Kerja memasang hos brek giat dijalankan dengan penuh sabar dan tekun.



 Telah siap, sungguh mencabar, hampir 2 meter tiub diperlukan untuk memasang sistem brek ini mengikut spesefikasi sebenar.

Pendaftaran Negara Jerman dari Italeri bersama tail lamp yang telah dikemaskinikan.

1 comment: