Hi, berjumpa kembali, kali ini saya akan menujukkan sebuah diorama berskala 1:24 khas untuk pameran yang akan berlangsung pada bulan Januari 2013 nanti. Masa yang diambil untuk menyiapkan diorama ini hanya selama 3 hari (full time) Tapi malangnya saya tidak dapat membuat rekod bergambar semasa proses pembuatannya kerana kesuntukan masa. Walau bagaimanapun diharapkan kepada sesiapa yang berminat boleh diutarakan menerusi comment anda. sekian.
Disebabkan skala 1:24 agak besar berbanding diorama 1:50 yang pernah saya buat sebelum ini maka penggunaan bahan dari kayu komposit MDF sangat sesuai digunakan terutama untuk membuat binaan bangunan kerana ianya lebih kukuh berbanding kertas atau plastik. Ianya juga lebih mudah untuk dibentuk.
Proses memasang papan tanda dilakukan dengan menggunakan logo yang dicetak menggunakan water slide decal.
Maisto VW old timer menjadi perbandingan untuk mendapatkan ketepatan skala pada bangunan yang dibina.
Ruang sebelah kanan agak lapang, ini bertujuan untuk menjadi tempat tambahan untuk model Hino 700 supaya ianya mempunyai ruang yang cukup. Memadai dengan meletakkan diasan rumput sahaja.
Oooppps, yang tergantung tu bukan salah satu bahagian yang dibina ye. Dengan menggunakan figura machenic dari American diorama kelihatan agak hidup. Disamping itu penggunaan bahagian truck daripada italeri juga menambah seri workshop yang dibina ini.
Suasana disekitar workshop ini kelihatan agak sibuk dengan perkakasan bertaburan disana sini. (tapi itulah sebenarnya keadaan dalam bengkel)
Pandangan daripada sudut bird eye. Perhatikan hanya sebahagian kecil sahaja (luat) workshop ini dimasukkan kedalam diorama ini.
Pandangan dari sudut kiri. Saya cuba memasukkan setiap element mengikut binaan sebenar.
Keadaan studio saya yang masih bertabur, tapi hati lega kerana kerja hampir siap.
Pandangan lebih jelas kearah sudut yang dimaksudkan.
Telah puas hati dengan kedudukan alatan, maka tiba masanya untuk meletakkan Hino 700 yang telah siap menanti.
Memuaskan, segala mengikut perancangan.
Pandangan hadapan agak kosong kerana dihalang oleh kepala truck yang besar ni.
Ruang sebelah kana agak kosong, Tengah memikir apakah objek yang bakal diletakkan nanti.
Kedudukan back ground kurang sesuai.
Sukar untuk mengambil sudut yang baik kerana hanya menggunakan kamera handphone sahaja.
Sekian... jumpa lagi.
coming soon... Mammoet Actros SLT 8x6.
No comments:
Post a Comment