Wednesday 26 October 2011

FORD 5000



Siapa yang tidak kenal dengan jenama Ford? Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi tentang jenama tersohor ini yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selain terkenal dengan pengeluaran kenderaan, Ford juga tidak ketinggalan dalam melahirkan jentera-jentera khususnya dalam industri pertanian.




Ini adalah sebuah model berskala 1:16 keluaran Universal Hobbies. Keseluruhan model ini diperbuat daripada campuran metal, getah dan plastik. Model ini keluaran Ford tahun 1968 dan masih lagi digunakan hingga sekarang terutama dalam bidang pembinaan yang telah diubah suai menjadi back pusher. Menariknya kaedah back pusher ini telah diinovasikan oleh rakyat Malaysia dalam sektor perlombongan dan membuat kerja tanah.






Keseluruhan model ini amat kemas dan halus dari segi buatannya. Stering berfungsi dan setiap tombol gear dan suis seolah-olah jentera sebenar. Bahagian kotak enjin boleh dibuka bagi menampakkan keseluruhan bentuk dan kedudukan enjin. Bahagian hadapan grill dapat ditunjukkan dengan begitu baik sekali dan tiada sebarang kecacatan.











Begitu juga dengan bahagian belakang jentera telah diperhalusi dan hampir keseluruhan bahagian sebenar jentera telah ditunjukkan sepenuhnya dengan detil dan kemas. Terdapat juga bekas tool disebelah kiri serta lampu limpah dan lampu brek yang memberikan pemandangan yang menarik terhadap model ini.







Penggunaan corak tayar belakang dan depan yang menyerupai bentuk sebenar sebuah jentera juga amat menarik. Setiap tayar diperbuat daripada getah manakala bahagian rim diperbuat daripada plastik. Namun ia tidak menampakkan perbezaan nyata.










Hampir keseluruhan bahagian enjin dan kotak gear dapat dilihat dengan jelas dan terperinci dan kelihatan solid serta kukuh. Universal Hobbi sangat terkenal dengan pengeluaran model berskala 1:50 , tetapi pengenalan model ini dalam skala yang lebih besar sangat menarik.






Walaubagaimanapun, model ini akan bertambah menarik lagi sekiranya penggunaan decal amaran dan info dapat diletakkan ditempat-tempat tertentu seperti mana pada model-model 1:50 keluaran Universal Hobbies ini. Keseluruhan model ini sangat menarik dan harus menjadi sebuah koleksi kepada setiap kolektor.

No comments:

Post a Comment