Wednesday, 26 October 2011

FORD 5000



Siapa yang tidak kenal dengan jenama Ford? Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi tentang jenama tersohor ini yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selain terkenal dengan pengeluaran kenderaan, Ford juga tidak ketinggalan dalam melahirkan jentera-jentera khususnya dalam industri pertanian.




Ini adalah sebuah model berskala 1:16 keluaran Universal Hobbies. Keseluruhan model ini diperbuat daripada campuran metal, getah dan plastik. Model ini keluaran Ford tahun 1968 dan masih lagi digunakan hingga sekarang terutama dalam bidang pembinaan yang telah diubah suai menjadi back pusher. Menariknya kaedah back pusher ini telah diinovasikan oleh rakyat Malaysia dalam sektor perlombongan dan membuat kerja tanah.






Keseluruhan model ini amat kemas dan halus dari segi buatannya. Stering berfungsi dan setiap tombol gear dan suis seolah-olah jentera sebenar. Bahagian kotak enjin boleh dibuka bagi menampakkan keseluruhan bentuk dan kedudukan enjin. Bahagian hadapan grill dapat ditunjukkan dengan begitu baik sekali dan tiada sebarang kecacatan.











Begitu juga dengan bahagian belakang jentera telah diperhalusi dan hampir keseluruhan bahagian sebenar jentera telah ditunjukkan sepenuhnya dengan detil dan kemas. Terdapat juga bekas tool disebelah kiri serta lampu limpah dan lampu brek yang memberikan pemandangan yang menarik terhadap model ini.







Penggunaan corak tayar belakang dan depan yang menyerupai bentuk sebenar sebuah jentera juga amat menarik. Setiap tayar diperbuat daripada getah manakala bahagian rim diperbuat daripada plastik. Namun ia tidak menampakkan perbezaan nyata.










Hampir keseluruhan bahagian enjin dan kotak gear dapat dilihat dengan jelas dan terperinci dan kelihatan solid serta kukuh. Universal Hobbi sangat terkenal dengan pengeluaran model berskala 1:50 , tetapi pengenalan model ini dalam skala yang lebih besar sangat menarik.






Walaubagaimanapun, model ini akan bertambah menarik lagi sekiranya penggunaan decal amaran dan info dapat diletakkan ditempat-tempat tertentu seperti mana pada model-model 1:50 keluaran Universal Hobbies ini. Keseluruhan model ini sangat menarik dan harus menjadi sebuah koleksi kepada setiap kolektor.

Monday, 24 October 2011

TEREX DEMAG AC200-1






Model ini telah diperkenalkan oleh NZG sejak 2003 dan kemudian telah dipertingkatkan dari segi penampilan serta grafiknya pada tahun 2008 yang dikenali sebagai Terex DEMAG AC200-1. Skala 1:50

Model ini kelihatan sungguh baik dan agak detil pada bahagian-bahagian tertentu seperti wiper, hand raling, dan lampu kecemasan. Penggunaan decal garisan keselamatan pada kaki pengimbang serta bahagian hadapan kren ini amat menarik sekali bagi menampakkan keadaan sebenar.
Bahagian boom boleh dilaras kepada tujuh bahagian serta boleh ditambah dengan fly jib yang terletak di sebelahan boom bagi menambah ketinggian boom tersebut.

Penggunaan rim dan tayar yang mempunyai bunga getah menyerupai keadaan corak sebenar memberikan gambaran tentang ketelitian pembuatannya. Anda boleh membayangkan saiz kren ini berdasarkan figura tersebut.




Penggunaan corak diamond serta getah pelindung dibahagian roda pada bahagian badan kren menambahkan gaya penampilannya.



Kualiti cat sangat baik. Kebanyakkan Terex menggunakan warna putih bagi jentera keluarannya. Kebanyakan bahagian badan kren ini diperbuat daripada metal keseluruhannya dan sangat berat, manakala hanya sebahagian kecil diperbuat daripada plastik seperti wiper dan cermin sisi.
Keseluruhannya model ini sangat baik dan perlu menjadi salah satu koleksi yang perlu ada kepada anda yang meminati heavy machine.


















Saturday, 15 October 2011

CAT C15 ACERT


Saya sangat jarang mengumpul skala 1:12. Tetapi apabila terlihat c15 terus terpikat. Bukan apa sebelum ini saya banyak mengumpul model cat berskala 1:50, kebanyakkan bahagian enjin tidak dapat dilihat, jadi dengan adanya model enjin ini maka dapat saya bayangkan tentang kehebatan mesin Caterpillar ini. Model ini merupakan satu-satunya skala 1:12 keluaran Norscot bagi model Caterpillar keluarannya. C15 ini merupakan enjin yang digunakan untuk model seperti excavator 374D yang mempunyai 6 silinder,


Bore/stroke - 5.4 x 6.75 in
Displacement - 925 cu
Weight - 2890 lb
Horsepower - 435 to 550 @ 2100rpm
Torgue - 1550 to 1850 lb-ft @ 1200 rpm.

Enjin ini didatangkan dengan kuasa turbo Diesel.


Keseluruhan model ini diperbuat daripada metal diecast yang agak berat dan beberapa campuran plastik part serta getah yang agak minimum, namun ianya tidak mencacatkan penampilannya. Seterusnya bahagian enjin ini telah dicat dengan begitu kemas sekali dengan warna kuning yang menjadi simbol mesin Caterpillar. Didatangkan bersama tapak pemegang bagi memastikan kedudukan enjin tetap dan stabil. Cuma kekurangan disini adalah tiada logo lable-label arahan atau amaran , memandangkan model ini bersaiz besar maka dengan adanya label ini tentu akan dapat memberi gambaran lebih realistik. Saya cadangkan anda membuat sendiri label tersebut menggunakan waterslide decal.

Kedudukan fly wheel yang boleh digerakkan menambahkan lagi penampilan model ini. Kepada pengumpul mesin Caterpillar, ini merupakan salah satu koleksi yang perlu ada dalam senarai anda.

Tuesday, 11 October 2011

Monday, 10 October 2011

BACK HOE MACHINE











MY DIECAST INVENTORY

NO

PARTICULAR

BRAND

QTY

1

LIEBHERR LTM1800 CRANE

YCC

1

2

MERCEDES BENZ VAN LIEBHERR

SIKU

2

3

VAUXHALL VAN COLLET TEAM

CORGI

1

4

SCANIA NOOTEBOOM MAMMOET

LION TOYS

1

5

LINK BELT RTC 80100 CRANE

NZG

1

6

NATIONAL CRANE

TWH

1

7

TEREX DEMAG AC 200-2

NZG

1

8

GROVE 5132 -2

TWH

1

9

GROVE YB5515

TWH

1

10

BAUER BG 40

BRAMI

1

11

MANITOWOC 4100 CLAM/DRAG/MAGNET

TWH

1

12

MANITOWOC 1800 CRAWLER CRANE

TWH

1

13

LIEBHERR LR1280 CRAWLER CRANE

CONRAD

1

14

BUCYRUS 495 HR

TWH

1

15

KOMATSU 960E

FIRST GEAR

1

16

KOMATSU PC 2000-8 EXCAVATOR

NZG

1

17

CATERPILLAR 793D OLD VERSION

NORSCOT

1

18

CATERPILLAR 793D NEW VERSION

NORSCOT

1

19

CATERPILLER 994F LOADER

NORSCOT

1

20

TEREX MT4400AC

BYMO

1

21

TEREX RH340

BYMO

1

22

ALLIS CHALMERS 21 BULLDOZER

FIRST GEAR

1

23

CATERPILLAR DT6 BULLDOZER

NORSCOT

1

24

KOMATSU D51PX BULLDOZER

FIRST GEAR

1

25

KOMATSU D61EX BULLDOZER

U. HOBBY

1

26

CATERPILLAR D11T BULLDOZER

NORSCOT

1

27

CATERPILLAR D11R BULLDOZER

NORSCOT

1

28

CATERPILLAR 5110B EXCAVATOR

NORSCOT

1

29

CATERPILLAR DT10 BULLDOZER

NORSCOT

1

30

CATERPILLAR D7E BULLDOZER

NORSCOT

1

31

KOMATSU D375 BULLDOZER

FIRST GEAR

1

32

VALMERT 445 FOREST

SWORD

1

33

VALMERT 890 FOREST

SWORD

1

34

VALMERT 941 FOREST

SWORD

1

35

CATERPILLAR 336D EXCAVATOR

NORSCOT

1

36

CATERPILLAR 320D EXCAVATOR

NORSCOT

1

37

CATERPILLAR 323 D EXCAVATOR

NORSCOT

1

38

CATERPILLER 320D EXCAVATOR

NORSCOT

1

39

KOMATSU PC450 DEMOLITION

U. HOBBY

1

40

KOMATSU PC88

U. HOBBY

1

41

KOMATSU SK 20

U. HOBBY

1

42

KOMATSU PC300LC

FIRST GEAR

1

43

KOMATSU PC 200

NZG

1

44

VOGELE PAVER

NZG

1

45

CATERPILLAR 980G LOADER

NORSCOT

1

46

CATERPILLAR 14M M. GRADER

NORSCOT

1

47

CATERPILLAR 420E BACK HOE

NORSCOT

1

48

CATERPILLAR CB 534-D ASPHALT ROLLER

NORSCOT

1

49

KOMATSU WA 500 LOADER

FIRST GEAR

1

50

KOMATSU WA470 LOADER

U.HOBBY

1

51

KOMATSU GD655 M.GRADER

FIRST GEAR

1

52

KOMATSU WB146 BACK HOE

FIRST GEAR

1

53

VOLVO F12 WHEELBASE TRAILER

JOAL

1

54

VOLVO F10 DUMP LORRY

MOTORART

1

55

SCANIA POLLOCK CURTAIN HAULER

CORGI

1

56

WORKER FIGURE

CONRAD

6

57

WORKER FIGURE

BYMO

6

58

LORRY WORKER FIGURE

PRESIER

6

59

PALLET

CORGI

4

60

SHAKEL

YCC

9

61

TEX CONTAINER

CORGI

1

62

VAUXHALL VAN HOME TEAM POWER

CORGI

1

63

CHASE BACK HOE

ERTL

1

64

LTM 11200 LIEBHERR CRANE

NZG

1

65

DAF XF 95 with NOTEBOOM MAMMOET

WSI

1

66

MAN TGX 6X4 with NOTEBOOM MAMMOET

WSI

1

67

SCANIA 4 X 8 TRACTOR

WSI

1

68

MANITOWOC 16000

TWH

1

69

VOLVO FH GLOBETROTTER

WSI

1

70

IVACO STARLIS

WSI

1

71

CRANE WORKER

PRESIER

6

72

CATERPILLAR C15 ACERT ENGINE 1/12

NORSCOT

1

73

FORD 5000 TRACTOR 1/16

U/ HOBBY

1

74

CATERPILLAR 374L

NORSCOT

1

75

KOMATSU WA70

U/HOBBY

1

76

CASE 580 SR

CONRAD

1

77

GROVE RT 540E

TWH

1

78

GROVE GMK3055

TWH

1

79

GROVE GMK 4155

TWH

1

80

KOMATSU TELEHANDLER

U/HOBBY

1