Projek membina gas refinery pertama menggunakan logo Petronas.
Friday, 16 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Water Slide Decal
Ini adalah pengalaman pertama saya membuat custom decal menggunakan water slide decal.
Hasilnya amat memuaskan bagi penggemar custom. Ianya sesuai untuk menjadikan diecast kita lebih realistik.
Sesuai untuk membuat logo-logo syarikat seperti mana yang saya buat untuk my brother company HAMZAH JURJANI SDN. BHD
Selain itu saya juga membuat beberapa decal untuk diecast yang lain bagi menampakkan nilai estatika.

Tuesday, 29 November 2011
DIORAMA
Alatan dan bahan asas untuk projek diorama ni.
Lepas tu kita boleh tambah hiasan bagi nampak macam situasi sebenar. Kalau nak cun kita gambar kemudian baru pindah ke diorama. Kerja ni menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi.
Langkah kedua buat bentuk muka bumi atau situasi drama atau sudut yang kita yang dikehendaki
Ini adalah diorama pertama saya setelah ekspereimen yang entah ke keberapa kali. Langkah pertama buat pokok.
Wednesday, 26 October 2011
FORD 5000
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Ford? Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi tentang jenama tersohor ini yang masih kekal hingga ke hari ini.
Selain terkenal dengan pengeluaran kenderaan, Ford juga tidak ketinggalan dalam melahirkan jentera-jentera khususnya dalam industri pertanian.

Ini adalah sebuah model berskala 1:16 keluaran Universal Hobbies. Keseluruhan model ini diperbuat daripada campuran metal, getah dan plastik. Model ini keluaran Ford tahun 1968 dan masih lagi digunakan hingga sekarang terutama dalam bidang pembinaan yang telah diubah suai menjadi back pusher. Menariknya kaedah back pusher ini telah diinovasikan oleh rakyat Malaysia dalam sektor perlombongan dan membuat kerja tanah.
Keseluruhan model ini amat kemas dan halus dari segi buatannya. Stering berfungsi dan setiap tombol gear dan suis seolah-olah jentera sebenar. Bahagian kotak enjin boleh dibuka bagi menampakkan keseluruhan bentuk dan kedudukan enjin. Bahagian hadapan grill dapat ditunjukkan dengan begitu baik sekali dan tiada sebarang kecacatan.
Begitu juga dengan bahagian belakang jentera telah diperhalusi dan hampir keseluruhan bahagian sebenar jentera telah ditunjukkan sepenuhnya dengan detil dan kemas. Terdapat juga bekas tool disebelah kiri serta lampu limpah dan lampu brek yang memberikan pemandangan yang menarik terhadap model ini.
Penggunaan corak tayar belakang dan depan yang menyerupai bentuk sebenar sebuah jentera juga amat menarik. Setiap tayar diperbuat daripada getah manakala bahagian rim diperbuat daripada plastik. Namun ia tidak menampakkan perbezaan nyata.
Hampir keseluruhan bahagian enjin dan kotak gear dapat dilihat dengan jelas dan terperinci dan kelihatan solid serta kukuh. Universal Hobbi sangat terkenal dengan pengeluaran model berskala 1:50 , tetapi pengenalan model ini dalam skala yang lebih besar sangat menarik.
Walaubagaimanapun, model ini akan bertambah menarik lagi sekiranya penggunaan decal amaran dan info dapat diletakkan ditempat-tempat tertentu seperti mana pada model-model 1:50 keluaran Universal Hobbies ini. Keseluruhan model ini sangat menarik dan harus menjadi sebuah koleksi kepada setiap kolektor.

Monday, 24 October 2011
TEREX DEMAG AC200-1
Model ini telah diperkenalkan oleh NZG sejak 2003 dan kemudian telah dipertingkatkan dari segi penampilan serta grafiknya pada tahun 2008 yang dikenali sebagai Terex DEMAG AC200-1. Skala 1:50
Model ini kelihatan sungguh baik dan agak detil pada bahagian-bahagian tertentu seperti wiper, hand raling, dan lampu kecemasan. Penggunaan decal garisan keselamatan pada kaki pengimbang serta bahagian hadapan kren ini amat menarik sekali bagi menampakkan keadaan sebenar.
Bahagian boom boleh dilaras kepada tujuh bahagian serta boleh ditambah dengan fly jib yang terletak di sebelahan boom bagi menambah ketinggian boom tersebut.
Penggunaan rim dan tayar yang mempunyai bunga getah menyerupai keadaan corak sebenar memberikan gambaran tentang ketelitian pembuatannya. Anda boleh membayangkan saiz kren ini berdasarkan figura tersebut.
Penggunaan corak diamond serta getah pelindung dibahagian roda pada bahagian badan kren menambahkan gaya penampilannya.
Kualiti cat sangat baik. Kebanyakkan Terex menggunakan warna putih bagi jentera keluarannya. Kebanyakan bahagian badan kren ini diperbuat daripada metal keseluruhannya dan sangat berat, manakala hanya sebahagian kecil diperbuat daripada plastik seperti wiper dan cermin sisi.
Keseluruhannya model ini sangat baik dan perlu menjadi salah satu koleksi yang perlu ada kepada anda yang meminati heavy machine.

Saturday, 15 October 2011
CAT C15 ACERT
Saya sangat jarang mengumpul skala 1:12. Tetapi apabila terlihat c15 terus terpikat. Bukan apa sebelum ini saya banyak mengumpul model cat berskala 1:50, kebanyakkan bahagian enjin tidak dapat dilihat, jadi dengan adanya model enjin ini maka dapat saya bayangkan tentang kehebatan mesin Caterpillar ini. Model ini merupakan satu-satunya skala 1:12 keluaran Norscot bagi model Caterpillar keluarannya. C15 ini merupakan enjin yang digunakan untuk model seperti excavator 374D yang mempunyai 6 silinder,
Bore/stroke - 5.4 x 6.75 in
Displacement - 925 cu
Weight - 2890 lb
Horsepower - 435 to 550 @ 2100rpm
Torgue - 1550 to 1850 lb-ft @ 1200 rpm.
Enjin ini didatangkan dengan kuasa turbo Diesel.

Keseluruhan model ini diperbuat daripada metal diecast yang agak berat dan beberapa campuran plastik part serta getah yang agak minimum, namun ianya tidak mencacatkan penampilannya. Seterusnya bahagian enjin ini telah dicat dengan begitu kemas sekali dengan warna kuning yang menjadi simbol mesin Caterpillar. Didatangkan bersama tapak pemegang bagi memastikan kedudukan enjin tetap dan stabil. Cuma kekurangan disini adalah tiada logo lable-label arahan atau amaran , memandangkan model ini bersaiz besar maka dengan adanya label ini tentu akan dapat memberi gambaran lebih realistik. Saya cadangkan anda membuat sendiri label tersebut menggunakan waterslide decal.
Kedudukan fly wheel yang boleh digerakkan menambahkan lagi penampilan model ini. Kepada pengumpul mesin Caterpillar, ini merupakan salah satu koleksi yang perlu ada dalam senarai anda.
Tuesday, 11 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)