Sunday, 20 December 2009

5 cawan coke berharga RM27.50

Sesi persekolahan 2010 akan bermula tidak berapa lama lagi. Walaupun ibubapa terpaksa mengamalkan penjimatan sewaktu musim baru persekolahan ini, namun tidak banyak yang boleh dilakukan.Walaubagaimana susah sekalipun, sebagai ibu bapa kita tidak sanggup untuk melihat anak-anak kekurangan persediaan ketika persekolahan bermula sedikit masa lagi. Ini adalah kerana tanpa persediaan yang sewajarnya kita bimbang anak-anak ini nanti tidak dapat belajar secara sempurna.Telah menjadi rutin, saban tahun samada mendapat bonus atau tidak, perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak perlu disediakan. Maka pada penghujung tahun pusat-pusat membeli belah pun mulalah sibuk membuat pelbagai promosi sempena kembali ke sekolah.
Jadi ibubapa akan membawa anak-anak untuk membeli keperluan sekolah terutama pada hujung minggu. Saya pun tidak ketinggalan, perbelanjaan untuk ke sekolah bukanlah bertujuan untuk berbangga-bangga tetapi atas kesedaran tanggungjawab ketua keluarga kepada anak-anak. Setelah semuanya ada barulah kita berasa lega.
Bercerita tentang membawa anak-anak ke pusat membeli belah ni saya ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan pembaca.Maklumlah lepas penat mencari barangan keperluan, tentulah anak-anak kita ni mulai letih terutama yang masih kecil. Dah le penat, perut pula mula le berasa lapar masing-masing mula resah, jadi nak tenteramkan mereka ni kita bawa le makan di restoran makanan segera yang bermacam jenis ni.
Bukan le saya ni tak pernah makan di sini, selalu juga bawa anak-anak makan di sini, malah kadang kala sewakyu bulan puasa dah lewat nak berbuka saya sekeluarga akan makan di sini juga . Menu yang dipesan macam biasa je, memandangkan ahli keluarga saya seramai 6 orang jadi saya minta coke untuk 1 jar, tapi pelayan tu cakap restoran ni tak jual coke macam tu. Saya pun order 5 cawan yang dipenuhi ais(takkan 1 cawan nak kongsi ramai-ramai), setelah selesai makan, saya pun meminta bil, biasa le kita dah agak jenis hidangan dan tahu berapa nilainya.Tetapi saya agak terkejut kerana nilainya jauh berbeza dari biasa sedangkan saya memperoleh menu yang sama. Balik di rumah saya melihat semula bil yang diberi. Alangkah terkejutnya saya di dalam bil tersebut menyatakan 5 cawan coke berharga RM27.50. Cuba pembaca bayangkan nilai sebanyak itu berapa liter coke kita boleh beli dipasaraya.Ini bermakna secawan coke tersebut bernilai RM5.50. Harga sebenar 1.5 liter coke hanya bernilai RM3.20. Bayangkan adakah secawan coke tersebut bersamaan l liter? Atas rasa tidak puas hati, saya telah menghubungi semula restoran tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu itu adalah harga sebenarnya.Pada fikiran logik jika hendak dikira mengikut cawan, bagai mana mereka yang datang membawa anak-anak yang ramai, tiadakah pilihan lain? bukan semua air tersebut habis diminum dan adakah adab minum berkongsi dalam satu cawan ? kita tahu setiap orang yang makan memerlukan juga air. Di mana logiknya peraturan yang diguna pakai oleh restoran makanan segera ini.
Sebagai pengguna saya rasa telah terinaya.

No comments:

Post a Comment