Tuesday, 22 December 2009
PANDAN BERCABANG EMPAT
Tumbuhan pandan tidak asing kepada masyarakat di negara ini. Kegunaannya yang pelbagai menjadikan ianya begitu dikenali. Sebut sahaja pandan kita akan membayangkan baunya yang harum. Tidak hairanlah ianya sering dijadikan sebagai pewangi dalam masakan ataupun bau-bauan seperti bunga rampai sewaktu majlis keraian.Selain baunya yang harum, pandan juga digunakan sebagai pewarna dalam masakan kuih melayu.Siapa yang tak kenal kuih seri muka ataupun tepung pelita.
Selain diguna dalam masakan, daun pandan juga banyak digunakan untuk membuat anyaman tikar pada masa dahulu. Memandangkan kegunaan yang meluas dan kepentingan dalam kehidupan kita, maka tidak hairanlah nama pandan dijadikan sebagai identiti. Sebagai contoh kampung pandan, kelapa pandan, pulau pandan dan bermacam-macam lagi.
Kalau nak sebut spesis pandan ni memang banyak antaranya :
1. Pandan duri (pandanus octracapus)
2. Pandan bunga/pandan perah/pandan ikan (pandanus aurantiacus)
3. Pandan hutan (pandanus haoulitti)
4. Pandan laut (pandanus tectorius)
5. Pandan tikus/selangseng/sendayan (pandan oratus)
Itulah beberapa jenis pandan yang ada disekeliling kita.Tapi saya percaya ramai yang tidak mengenalinya kecuali jika telah mencium bau daunnya.
Di sini saya nak pembaca agak apakah jenis pandan dalam gambar di atas? Saya telah cuba mencari maklumat tentangnya tetapi masih tidak berjaya.Inilah satu-satunya pandan yang pernah saya jumpa mempunyai ketinggian hampir 3 meter (boleh dipanjat!), mempunyai batang padu berukuran (lilit) lebih kurang 40mm, mempunyai banir seperti pokok bakau. Seterusnya yang agak ganjil ianya mempunyai 4 cabang di bahagian atas membentuk pucuk.Umur pandan ni lebih kurang 8 tahun.Daunnya masih mempunyai bau yang sama seperti pandan biasa.Walaupun disekelilingnya terdapat pokok-pokok pandan lain tetapi ianya tidak seperti yang sebatang ni.
so sesiapa dikalangan pembaca yang mempunyai maklumat tentang spesis ini bolehlah respon kepada saya.
Sunday, 20 December 2009
5 cawan coke berharga RM27.50
Jadi ibubapa akan membawa anak-anak untuk membeli keperluan sekolah terutama pada hujung minggu. Saya pun tidak ketinggalan, perbelanjaan untuk ke sekolah bukanlah bertujuan untuk berbangga-bangga tetapi atas kesedaran tanggungjawab ketua keluarga kepada anak-anak. Setelah semuanya ada barulah kita berasa lega.
Bercerita tentang membawa anak-anak ke pusat membeli belah ni saya ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan pembaca.Maklumlah lepas penat mencari barangan keperluan, tentulah anak-anak kita ni mulai letih terutama yang masih kecil. Dah le penat, perut pula mula le berasa lapar masing-masing mula resah, jadi nak tenteramkan mereka ni kita bawa le makan di restoran makanan segera yang bermacam jenis ni.
Bukan le saya ni tak pernah makan di sini, selalu juga bawa anak-anak makan di sini, malah kadang kala sewakyu bulan puasa dah lewat nak berbuka saya sekeluarga akan makan di sini juga . Menu yang dipesan macam biasa je, memandangkan ahli keluarga saya seramai 6 orang jadi saya minta coke untuk 1 jar, tapi pelayan tu cakap restoran ni tak jual coke macam tu. Saya pun order 5 cawan yang dipenuhi ais(takkan 1 cawan nak kongsi ramai-ramai), setelah selesai makan, saya pun meminta bil, biasa le kita dah agak jenis hidangan dan tahu berapa nilainya.Tetapi saya agak terkejut kerana nilainya jauh berbeza dari biasa sedangkan saya memperoleh menu yang sama. Balik di rumah saya melihat semula bil yang diberi. Alangkah terkejutnya saya di dalam bil tersebut menyatakan 5 cawan coke berharga RM27.50. Cuba pembaca bayangkan nilai sebanyak itu berapa liter coke kita boleh beli dipasaraya.Ini bermakna secawan coke tersebut bernilai RM5.50. Harga sebenar 1.5 liter coke hanya bernilai RM3.20. Bayangkan adakah secawan coke tersebut bersamaan l liter? Atas rasa tidak puas hati, saya telah menghubungi semula restoran tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu itu adalah harga sebenarnya.Pada fikiran logik jika hendak dikira mengikut cawan, bagai mana mereka yang datang membawa anak-anak yang ramai, tiadakah pilihan lain? bukan semua air tersebut habis diminum dan adakah adab minum berkongsi dalam satu cawan ? kita tahu setiap orang yang makan memerlukan juga air. Di mana logiknya peraturan yang diguna pakai oleh restoran makanan segera ini.
Sebagai pengguna saya rasa telah terinaya.
Monday, 14 December 2009
HOBI
Hobi adalah sesuatu yang kita suka dan minat untuk kita lakukan, melaluinya kita sanggup untuk melakukan apa sahaja. Ada orang yang mempunyai hobi yang berterusan sejak kecil manakala ada juga yang bermusim mengikut keadaan atau pengaruh persekitaran.
Walaubagaimanapun, setiap hobi mempunyai keunikan tersendiri dan sebagai manusia biasa adalah sesuatu yang bukan pelik tetapi anggaplah sebagai sesuatu yang kreatif.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman tentang dunia hobi mengumpul koleksi model diecast. Sememangnya sejak kecil lagi sudah mempunyai minat mendalam tentang hobi ini tetapi kerana tidak berkemampuan, jadi terpaksa dipendamkan sahaja. Tetapi apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan serta berkeluarga rasanya telah lewat untuk meneruskan hobi ini, maklumlah usia dah meningkat mana ada orang yang suka dengan permainan kanak-kanak.
Namun, setelah membaca dan melayari beberapa web luar negara saya mendapati bahawa hobi ini sebenarnya boleh dijalankan walaupun telah berusia, sementelahan pula saya sangat berminat kepada bidang kejuteraan rekabentuk. Oleh itu saya telah memulakan hobi mengumpul barangan koleksi diecast bermula dengan model vespa.
Sehingga kini saya telah berjaya mengumpul sebanyak 35 model bermula dari tahun 1946 sehingga 2005. Model ini berskala 1:18 Sangat menarik apabila dipamerkan di dalam disply cabinet.
Ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, setelah berjaya memperolehi koleksi vespa tersebut, saya mula mengumpul koleksi model muscle car era tahun 70an seperti Pontiac, Dodage, Ford Mustang dan beberapa lagi. Bagi mendalami lagi tentang pengetahuan ini saya juga telah mendapatkan buku-buku khas oleh penulis terkenal dalam bidang ini.
Minat terhadap kejuteraan rekabentuk telah mendorong saya untuk meneruskan hobi ini untuk mengumpul koleksi mesin-mesin pula.Setakat hari ini saya telah berjaya mengumpul koleksi mesin yang berkaitan dengan crane, bulldozer, excavator, loader,heavy haulage ,compector, griender dan banyak lagi. Semua koleksi ini bersaiz 1:50 dan diperbuat daripada metal diecast.Beratnya ada yang mencapai sehingga 15kg bagi satu item!
Kebanyakan item terpaksa dibawa masuk dari luar negara kerana kurangnya dalam pasaran tempatan. Selain itu item-item yang berstatus limited atau terhad sangat sukar diperoleh. Kadang kala hanya ada beberapa unit sahaja di dalam dunia.
Jadi kepada sesiapa pembaca yang mempunyai hobi mengumpul koleksi seperti ini boleh le berhubung dangan saya untuk bertukar-tukar fikiran dan maklumat.
Tuesday, 29 September 2009
KISAH OPS SIKAP
Cuti raya baru-baru ni aku balik ke utara pada hari raya ke 2(Isnin) dari selatan. Hampir 9 bulan aku tak balik ke utara. Rupa-rupanya rumah tol Jelapang tu dah tak de lagi. Perjalanan jadi lancar, aku rasa keberangkalian untuk jadi kemalangan juga kurang, tapi bila tengok stastik kematian akibat kemalangan pada hari raya lepas macam tak menggambarkan kemodenan infrastruktur jalan raya kita. Sepatutnya lagi cantik jalan raya maka kadar kemalangan semakin kurang tapi keadaan itu tidak berlaku pada hari ini. Apa silapnya? Mungkin kemalangan banyak berlaku di jalan-jalan negeri dan persekutuan sebab tak secanggih lebuhraya.
Ramai orang yang salahkan pihak berkuasa dan sangat kurang yang menyalahkan diri sendiri apabila berlakunya musibah.Pada hemat aku nyawa tu tuhan beri pada setiap orang, terpulanglah kepada mereka untuk memegang amanah tersebut. Bukan pihak berkuasa yang menjaga nyawa pemandu atau pengguna sewaktu berada di jalan raya.
Pada saya pihak berkuasa telah menjalankan tugasnya, tapi kalau diri sendiri tiada kesedaran apa boleh buat.Sebagai contoh sewaktu aku terperangkap dalam jemm di Taiping tempoh hari, hati memang sakit melihat pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya. Tahap kesedaran mereka amat rendah, nak kata bodoh dan tolol, tak tau undang-undang, dapat pula lesen memandu dan boleh membeli kereta yang mahal-mahal tapi kenapa bila berada di jalan raya sikap berhemat langsung tiada?
Mungkin pada hari tersebut tuhan tak menurunkan bala kepada mereka, bagaimana dilain masa? Kalau setakat yang bersalah itu mati aku tak kisah malah bersyukur sebab boleh kurangkan umat yang buruk tingkah laku ni, tapi masalahnya yang melibatkan insan yang tidak berdosa.
apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?
PENGENALAN
Tujuan nye nak bertukar-tukar pendapat tentang apa jua yang berkaitan dalam kehidupan ini.
Sebagai manusia kita mempunyai fitrah untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Kalau sebelum ini , kita hanya dilahirkan dengan mengenali ibu bapa, kemudian kepada adik beradik, seterusnya saudara mara, sahabat handai, dan sekarang seluruh dunia pula (tanpa batas)
itulah kehidupan. Kehidupan hanya bererti sekiranya kita mampu memperoleh seberapa banyak ilmu.
Ilmu hanya dapat di peroleh secara formal atau tidak. Ilmu yang tidak formal hanya diperoleh melalui pergaulan, so interaksi itu penting.
Jadi ruangan ini diharap dapat menjadi wadah untuk kepada perhubungan yang sihat.
wassalam.