Hi, kali ini saya membawakan review berupa mesin mining keluaran Conrad iaitu Liebherr R9800. Merupakan salah sebuah mesin terbesar dalam siri mining machinery di era ini. Sangat teruja apabila memiliki model ini. keseluruhan amat berpuas hati dari sudut kedetilan dari segala sudut. saksikan.
Kotak r9800 sangat besar dan berat.
Bahagian atas kotak tertera gambaran sebenar model ini.
Model diliputi dengan polisteren yang sangat kukuh.
Setelah polisteren dibuka, maka keindahan mesin mula terserlah.
Sangat besar dan mengujakan,
Tiada parts yang defect kerana kebanyakkantelah tersedia dipasang, kecuali cermin , kamera serta lampu.
Pandangan belakang sebelah kanan.
Hampir memenuhi ruang meja.
Bentangan eksos serta penapis udara memenuhi ruangan deck.
Shovel yang cukup besar dan messive.
Hampir menyamai saiz Bucyrus hr495 dari segi car body.
Ruang kabin operator ditutupi dengan penghalang sinaran.
Walaupun diperbuat daripada plastik namun masih menarik, saya percaya jika dibuat daripada metal sudah tentu beratnya akan bertambah.