Hai bertemu kembali, kali ini saya akan membawakan beberapa foto yang agak kurang dalam dunia diecast biasa iaitu scala 1:16 construction . Model saya kali ini adalah keluaran Ertl yang dikeluarkan pada tahun 2002, jadi pada masa sekarang model ini telah diberhentikan pengeluarannya. Setelah mencari hampir 3 tahun, barulah saya berjaya memperolehinya dalam keadaan masih NEW items. Terdapat tiga type yang dikeluarkan oleh ertl berkenaan case 580m ini iaitu 40th berwarna coklat serta edisi chrome bucket dan yang agak baharu ialah series 2 bewarna hitam sempena 50th Case. saksikan.
Tayar masih lagi dibaluti lapisan plastik.
Scale terbesar dalam series construction machine.
Kotak basih dalam keadaan baik.
Panjang kotak hampir 2 kaki.
Diliputi polysterin bagi melindungi model ini.
Sangat teruja apa bila melihat ketepatan scale dan saiznya.
gold medal khas Case 580m Construction 1
Besar dan berat.
Bahagian compartment enjin tersusun kemas.
Terdapat defect dari kilang yang salah memasang rivet pada lengan kiri belakang. tetapi itu hanya kecil dan boleh diubah semula.
Sangat teruja apabila melihat dari posisi tertentu.
Sangat detail dan kemas buatannya. Ini yang dikatakan precision items.
hoist hydraulic tersisip kemas, setiap sticker keselamatan dicop pada bahagian-bahagian penting seperti mana jentera asal.
Tingkap bahagian belakang boleh dinaikkan mengikut kesesuaian.
Pandangan hadapan.
Sangat berpuas hati dengan kualiti dan hasil kerja keluaran ertl ini. sekian.