Ini merupakan upgrade menggunakan metal cylinder daripada YCC untuk LTM11200. Sangat berpuas hati dengan hasilnya. Nampak lebih realistik berbanding plastic cylinder sebelum ini.
Baru sampai dari Australia - Quarry Diecast Models
Packing yang begitu baik menjamin keselamatan items.
Mutu buatan daripada gabungan brass dan aluminium serta menyerupai warna asal memudahkan untuk disesuaikan dengan model sedia ada.
Ketelitian semasa proses memasang penting diberi keutamaan untuk mengelakkan kerosakan pada model.
Proses yang mengambil masa 3 jam untuk disiapkan- sangat mengujakan.